Wednesday, January 12, 2011

DI SEBALIK JILBAB ITU

Matanya berkaca menyinar silaunya membuatku terpesona,
Seperti ceritera dongeng bidadari turun dari syurga
Aku khilaf dan tersindir untuk berbahasa tentangnya

Jilbabnya menutup pesona kewanitaannya
Menerbitkan citra bahasa jiwa
Yang mampu kubaca hatinya
Walau aku tidak mesra menatap wajahnya
Sementelah menagih seraut senyuman
Namun aku dapat merasakan kasihnya
Kerana getar cintanya terasa di sukma

Di sebalik jilbab itu,
Telah aku fahami isi hatinya
Apabila kita saling mengenali melalui hati
Tanpa rasa sangsi, kerana wanita yang berselubung jilbab itu,
Amat suci hatinya
Amat tulus jiwanya
Amat cantik kurnianya
Sehingga hatiku sering meronta-ronta
Untuk memperisterikannya……….

puisi ini ku tujukan buat insan tersayang yang selama ini sentiasa bersamaku walau susah dan senang...

0 comments:

Post a Comment


halwa telinga