Monday, January 10, 2011

PENENTUAN KEUTAMAAN

Penentuan keutamaan adalah merupakan intipati mendahulukan yang utama. Ini merupakan perkara yang jelas. Mengapa? Hal ini demikian kerana sekalipun seseorang mahukan segala-galanya, tidak mungkin baginya memperoleh semua yang dihajati. Tidak mungkin juga seseorang melakukan segala-galanya demi memenuhi semua kehendaknya. Jadi, tentukanlah keutamaan supaya sesuatu dapat dilakukan secara berkesan dan seterusnya kejayaan diperoleh. Fikirkan...apakah perkara paling penting bagi dilakukan ketika ini?



Dr Ibrahim Hamd al-Quayyid menjelaskan "apa yang saudar lakukan apabila jumlah waktu yang ada sedikit sedangkan sasaran yang hendak dicapai banyak? Daam hal ini, saudara tiada pilihan melainkan menentukan keutamaan. Ketahuilah orang yang dianggap berjaya dalam hidup bukanlah orang yang produktif ataupun orang yang menghasilkan pelbagai perkara. Sebenarnya orang yang berjaya adalah orang yang mampu mencapai matlamat yang disasarkan dalam masa yang tersedia baginya."



beliau menerangkan mengenai cara menyusun keutamaan iaitu dengan membahagikan tugas dan tanggungjawab yang kita perlu lakukan setiap hari kepada enam kumpulan:



1)paling penting dan tidak dapat ditunda

perkara yang diwajibkan ke atas kita tidak boleh ditinggalkan, palin penting dan mesti dilakukan dengan segera termasuk dalam kategori ini. contohnya ibadah, kewajipan ataupu n tanggungjawab yang sudah tiba masanya dilaksanankan. Pada masa yang sama apabila kita menangguhkan ataupun terus meninggalkannya, ia dianggap melanggar perintah agama, dapat mendatangkan bahaya ataupun dianggap tidak menepati janji.



2) Mata penting dan tidak dapat ditunda

kategori kedua terdiri daripada perkara yang amat penting dan mesti dilakukan. Tetapi ia tidak perlu dilakukan dengan segera. Pelaksanaannya boleh ditangguhkan. Perkara yang termasuk dalam kumpulan ini adalah: menentukan matlamat hidup, merangka beberapa rancangan masa depan, mengejar kekayaan dalam kerjaya, meningkatkan taraf hidup, bersenam, menjalin silaturrahim, menunaikan ibadah sunat dan sebagainya.

apabila perkara yang termasuk dalam kategori ini tidak dilaksanakan, maka akibatnya adlaah kegagalan dalam merealisasikan matlamat penting dan dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab penting. Ini kerana tugas dan kegiatan kumpulan kedua ini adalah bahagian kejayaan yang ada dalam kehidupan kita. Apabila ia tidak diawasi dan dilaksanakan, kehidupan menjadi tidak bererti dan usaha tidak mendatangkan matlamat.



3) Penting dan tidak dapat ditunda

kategori ketiga terdiri daripada perkara-perkara penting yang tidak dapat ditunda. Ia adalah tugas dan tanggungjawab penting, meskipun tidak sepenting perkara yang tergolong dalam kategori pertama. Misalnya meningkatkan tahap pendidikan anak-anak. Secara umumnya, tugas-tugas dalam kategori ketiga ini adalah tugas-tugas yang diwajibkan ke atas kita kita dan bukan tugas yang kita rancang.



4)Penting tetapi dapat ditunda

kategori keempat terdiri daripada perkara-perkara penting. Tetapi pelaksanaannya dapat ditunda. Contohnya membaca, mengikuti kursus bagi meningkatkan kemahiran, membincangkan cara-cara memperkembangkan perniagaan syarikat dengan pihak atasan dan sebagainya. Walaupun dapat ditunda, perkara yang termasuk dalam kumpulan ini cukup memberi ke atas usaha kita bagi mencapai kejayaan hidup.



5)Tidak penting tetapi tidak dapat ditunda

perkara yang termasuk dalam kategori ini sebahagian besarnya perkara yang membazirkan masa kita dan sering dijumpai dalam kehidupan seharian. Ia terdiri daripada perkara-perkara yang tidak menyumbang ke arah kejayaan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Walaupun tidak penting, tetapi oleh sebab keadaan pada ketika ia berlaku, maka perkara-perkara ini bisa dilakukan pada masa itu juga. Anehnya perkara-perkara yang tidak penting ini banyak memakan waktu kita.



terdapat banyak perkara yang termasuk dalam kategori ini. Sebagai contoh, sewaktu ingin menziarahi orang yang sakit. Tiba-tiba perhatian kita terarah kepada sebuah rancangan televisyen yang menarik. Akhirnya kita menghabiskan masa menonton rancangan tersebut. contoh lain adalah rumah kita tiba-tiba di datangi tetamu yang mengunjungi pada masa yang tidap tepat dan sekarang kita perlu melayannya.



6) tidak penting dan dapat ditunda

perkara yang termasuk dalam kelompok ini adalah aktiviti yang membuang masa dan tenaga. Misalnya menonton televisyen selama berjam-jam, membaca akhbar dan majalah tanpa henti, banyak main dan banyak tidur serta lain-lain lagi.



Dalam menentuka keutamaan, kita haruslah memilih perkara-perkara paling penting iaitu yang memberi kesan ke atas kehidupan kita. Perkara-perkara ini mesti diutamakan dan dilaksanakan. Kita perlu memberikan perhatian besar kepada perkara-perkara yang sangat penting ini. Hal-hal yang cukup penting pula perlu diberikan perhatian secukupnya. Hal-hal yang tidak penting perlu dijauhi.



KEPERLUAN MEMPENGARUHI KEUTAMAAN



Biasanya dalam menentukan keutamaan seringkali kita dipengaruhi dengan keperluan. Perkara yang menjadi keperluan kita mempengaruhi keutamaan kita. Oleh sebab itu, kita perly mengenal segala macam keperluan manusia.



1) Keperluan utama

Keperluan utma ialah keperluan yang perlu dipenuhi demi mkebaikan dunia dan akhirat. Apabila tidak dipenuhi, maka kepentingan yang berkaitan dengan kebaikan dunia dan akhirat itu terjejas. Contohnya keperluan-keperluan dalam agama yang disebut Al-Kulliyyat Al-khams yakni: melindungi keperluan agama, jiwa, akal dan keturunan serta harta.



2)Keperluan sekunder

Keperluan sekunder adalah keperluan bagi perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia untuk mendatangkan keselesaan, sekaligus menghilangkan kesempitan hidup. Biasanya, kesempitan itu jika dibiarkan mampu mengakibatkan kesengsaraan.



3)Keperluan Tertier

Keperluan tertier adalah perkara-perkara yang diperlukan bagi melengkapkan kehidupan seperti akhlak yang mulia, adat dan kebiasaan-kebiasaan yang baik. Misalnya beberapa perkara dalam agama termasuk dalam kategori ini; Syarat cuci badan, pakaian dan tempat, menutup aurat semasa beribadah, larangan menipu dan sebagainya.



Menurut Dr Muhammad Abdul Jawwad, 'Setiap keperluan yang berada di atas adalah lebih utama dan berhak dipenuhi dengan keperluan yang berada di bawahnya. Jadi, jika berlaku dimana keperluan yang lebih rendah mampu mengakibatkan terganggunya keperluan yang lebih tinggi, maka keperluan yang lebih rendah itu wajar dikesampingkan buat sementara waktu. Oleh sebab itu dalam Islam, hukum-hukum yang disyariatkan bagi memelihara keperluan-keperluan utama adalah paling berhak dipelihara dan dilaksanakan. Sesudah itu. barulah keperluan sekunder dapat dipenuhi dan seterusnya. Allahua'lam..

0 comments:

Post a Comment


halwa telinga