Monday, January 10, 2011

POLEMIK KEMUJUDAN TUHAN

Polemik atau persoalan-persoalan dalam membahaskan kewujudan Tuhan menjadi intipati utama dalam antologi pemikiran Islam dan juga beberapa aliran pemikiran besar dunia yang lain. Dewasa ini, memang tidak dinafikan bahawa perdebatan epistemologi agama yang berlaku di antara kaum muslimin dan penganut-penganut agama lain telah mempercepatkan lagi proses lahirnya 'Ilm al'Kalam ataupun lebih dikenali sebagai ilmu Teologi Islam.

Perbahasan antara Jahm bin Safwan dan kaum Sumaniyyah menjadi titik tolak dalam perkembangan Teologi Islam yang sehingga hari ini masih menjadi rujukan utama pada masa kini. Bagi yang mengetahui kisah di sebalik perdebatan ini, sememangnya diketahui Jahm mempunyai pendiriannya yang tersendiri dalam menghurai dan membahaskan tentang kewujudan Tuhan meskipun dikatakan bahawa hujah beliau menolak sifat-sifat Tuhan. Tetapi melalui polemik-polemik tajam yang dikemukakan oleh beliau, lahirnya satu bentuk baru dalam membuktikan kewujudan Tuhan.

Di sini telah dipertontonkan gaya polemik yang berlaku di antara Jahm bin Safwan dengan kaum Sumaniyyah seperti berikut:

Sumaniyyah: kami berjanji jika hujah kami lebih kuat dari hujah kamu, kamu akan memeluk agama kami.
Dan jika sebaliknya, jika hujah kamu lebih kuat , kami akan memeluk agamamu. Mereka berkata: Adakah kamu menyangka bahawa kamu mempercayai Tuhan?

Jahm: Ya.

Sumaniyyah:Adakah kamu melihat mata Tuhan kamu?

Jahm:Tidak

Sumaniyyah:Adakah kamu mendengar percakapanNya?

Jahm:Tidak

Sumaniyyah:Adakah kamu dapat mencium bauanNya?

Jahm: tidak.

Sumaniyyah: Tentu sudah kamu dapat merasaiNya?

Jahm: tidak

Sumaniyyah: Tentu pula kamu dapat menjamahiNya?

Jahm; Tidak

Sumaniyyah: Apakah TUhan membuat kamu mengetahui yang Dia itu Tuhan?

Pabila tiba pada polemik bahagian ini seakan-akan Jahm mengalami kebingungan dengan persoalan-persoalan khas yang ditujukan bagi membuktikan bahawa Tuhan itu sememangnya wujud. Bagaimana harus beliau menjawab pertanyaan tersebut?Lalu muncul satu alternatif yang dikemukakan oleh Jahm bagi mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan golongan Sumaniyyah. Beliau lantas telah mencari beberapa soalan-soalan yang sesuai agar ianya mudah diterima akal golongan Sumaniyyah. Hal ini menyebabkan perdebatan mengenai bukti kewujudan Tuhan semakin berlarutan dengan munculnya pula pertanyaan-pertanyaan baru seperti berikut:

Jahm: Adakah kamu menyangka bahawa kamu mempunyai ruh?

Sumaniyyah: Ya

Jahm: Adakah kamu melihat ruh-ruh kamu?

Sumaniyyah:Tidak.

Jahm: Adakah kemu mendengar percakapannya?

Sumaniyyah: Tidak.

Jahm: Adakah kamu dapati ianya mempunyai rasa?

Sumaniyyah: Tidak.

Sumaniyyah: Begitu juga Allah, zat-Nya tidak dapat dilihat, suaraNya tida dapat didengar, bauNya tidak dapat dicium, tidak dapat dilihat dengan mata. DIA berada dimana sahaja.

Melalui polemiK yang berlaku di antara Jahm bin Safwan dengan kaum Sumaniyyah ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Jahm mempunyai daya pemikiran yang agak kuat iaitu beliau mampu mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kaum Sumaniyyah dengan menggunakan metodologinya yang dibentuk secara sendirian. Kaum Sumaniyyah pada permulaannya tidak mempercayai kewujudan Tuhan kerana ianya tidak mampu dicapai oleh pancaindera manusia. Melihat kepada situasi ini, dapat dilihat barangkali kaum Sumaniyyah mengamalkan konsep kepercayaan aliran empirisisme yang mana kewujudan Tuhan hanya dapat dibuktikan melalui pancaindera yang sedia ada pada manusia.

Di sini pentingnya hubungan akal dan Wahyu dalam konteks untuk mengenali Tuhan. Perhubungan akal dan wahyu yang wujud sejak sekian lama telah menjadi satu permasalah kerana wujud pihak-pihak yang menyatakan bahawa akal harus diutamakan dalam menyelami pembuktian kewujudan Tuhan. Teras utama pada hakikatnya dalam membuktikan kewujudan Tuhan adalah melalui perhubungan akal dan wahyu. Makanya haruslah bermula perbahasan mengenai kewujudan Tuhan itu melalui pencarian yang sebenar bagi membuktikan kewujudan Tuhan dan pengamalan konsep pembudayaan ilmu yang jelas dan teratur pada realitinya.

0 comments:

Post a Comment

halwa telinga