Monday, January 4, 2010

UMMAH TERPENJARA

Ummah kini yang kian rosak,
terpenjara oleh jahiliah,
dosa dan noda barang diburu,
kesamaran halal dan haram.
Harta dan nafsu ibarat Tuhan,
jadi panduan dan tunggang syaitan,
manusia hilang kemanusiaan,
ketandusan budi dan iman,
hilanglah kasih dan sayang.
itulah sebab jua akibat,
bila manusia tiada ketaqwaan,
Al-quran dan Hadith bukan panduan,
para Ulama bukan ikutan,
dunia menonton kezaliman,
larangan Tuhan difardhukan,
jihad dihina penuh curiga,
agama kebenaran terus disembah.
Siapa yang bersalah?
Siapa yang berdosa?
Adakah ini tandanya amarah Tuhan...?
kepadaumat yang kian alpa..

0 comments:

Post a Comment

halwa telinga