Showing posts with label Islamic Thought. Show all posts
Showing posts with label Islamic Thought. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Pertembungan antara Tadisionalisme dengan Modernisme Islam di Nusantara

Pemikiran Islam merupakan satu bidang yang sememangnya menjadi intipati penting dalam membahaskan pertembungan pemikiran terutamanya pertembungan antara mazhab-mazhab pemikiran dalam Islam. Perbahasan mengenainya sering menjadi topick utama dalam arus ilmudari dulu sehingga hari kini. Pemikiran islam pada asasnya bermula saat lahirnya beberapa orang pemikir Islam yang hebat dengan menyumbangnya idea-idea utama yang mana ianya telah meletakkan Islam gah di persada dunia satu masa dahulu. Melalui pemikir-pemikir inilah lahirnya beberapa aliran pemikiran yang menjadi tunjang dalam perkembangan Ilmu Kalam (Reveald Theology Knowledge) dan juga falsafah.


Perkembangan aliran pemikiran Islam ini dikatakan bermula saat Al-ghazzali menghasilkan karya yang mengegarkan dunia falsafah Barat iaitu Tahafut Al-Falasifah yang mana karya salah seorang Hujjatul Islam ini telah mengemukakan pandangan deskriptif beliau terhadap aliran falsafah yang dikatakan terpesong khususnya aliran Platonisme dan Aristotlelisme. Namun begitu, kemuncak kegemilangan perkembangan aliran pemikiran Islam sebenarnya adalah saat ketika seorang pemikir Islam Parsi, Sadr Al Din Shirazi atau Mulla Sadra mengilhamkan korpus pemikirannya dalam karya agungnya, Hikmah Mutaaliyah, bagi memberi solusi baru tentang masalah pertembungan pemikiran antara ummah.


Evolusi zaman dan kebangkitan ilmu Barat telah menyebabkan berlakunya berlakunya transformasi dengan kemunculan pemikir-pemikir Islam yang bercorak baru seperti Muhammad Abduh, Jamaluddin Al-Afghani dan juga Rasyid Rida telah menyebabkan wujudnya mazhab-mazhab pemikiran yang berbentuk reformis di mana kumpulan pemikiran ini muncul dengan semangat nasionalisme yang tinggi untuk menentang penjajah. Kesan daripada itu, makanya wujud kepelbagaian kumpulan pemikiran Islam yang memperjuangkan idealisme reformisme, tradisionalisme dan modenisme yang mana mampu mengembalikan semual kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu. Kewujudannya masih ada sehingga hari ini dengan lebih banyak lagi kumpulan-kumpulan pemikir yang cuba memartabatkan lagi korpus ilmu Islam supaya setanding dengan tahap ilmu Barat malahan juga menjatuhkan keagungan ilmu Barat itu sendiri dari sudut pemikiran.



Sewaktu perkembangan idea-idea reformisme ini berlaku di wilayah Timur Tengah, wilayah Nusantara turut menerima impak perkembangan pertembungan pemikiran tersebut terutamanya Tanah Melayu. Kesan ini telah menyebabkan berlakunya sebuah fenomena yang menarik dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam di Tanah Melayu yang mewujudkan pertembungan antara dua golongan dalam cubaan mentafsir setiap tindakan yang dilakuakan demi memartabatkan Islam yang menjadi pegangan kedua-dua golongan ini. Penulis merasakan bahawa pertembungan pemikiran antara kedua-dua golongan ini menjadi factor kepada anjakan kemasukan pemikiran-pemikiran baru yang berteraskan agama Islam ke dalam Tanah Melayu malah impaknya masih dirasakan sehingga ke hari ini walaupun belum bisa diketengahkan melalui kemunduran pemikiran masyarakat pada hari ini yang kurang memntingkan amalan budaya ilmu. Pertembungan yang dimaksudkan ialah pertembungan pemikiran antara golongan agama iaitu Kaum Tua dengan Kaum Muda yang menjadi satu fenomena penting di Tanah Melayu sekitar abad ke 19 dan 20 yang mana pada waktu ini, berlakunya perkembangan pengaruh pemikiran Islam Timur Tengah ke seluruh dunia.




Kaum Tua?

Secara konseptualnya, Kaum Tua ditakrifkan sebagai sekumpulan ulama-ulama tradisional yang berpegang kepada tradisi konservatif dan mempunyai matlamat untuk mempertahankan yang lama. Ulama-ulama ini masih berpegang dengan melihat sejarah atau masa lampau sebagai sumber inspirasi dan harus dipertahankan. Mereka lebih suka mengamalkan dan mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam masyarakat.

Golongan tradisionalis ini dikatakan cenderung bersifat negatif terhadap agenda pembaharuan dan perubahan kerana mereka menyatakan bahawa kemunduran umat Islam adalah disebabkan oleh umat Islam pada ketika ini telah menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi lalu, serta telah memutuskan hubungan tradisi mereka bagi mengikuti perubahan iaitu mengagungkan budaya dari Barat. Mereka menyatakan bahawa mereka yang telah mengikuti pengaruh dari Barat ini lebih selesa untuk mengurung Islam dari mempertahankan ajaran Islam tanpa membezakan yang tulen dan juga campuran dari dimanipulasi oleh pengaruh dari luar. Hal ini demikian dibuktikan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh seorang sarjana iaitu William Roff dan Prof Muhammad Kamal Hassan yang menyatakan:

‘a group that tend to restrict the role of ijtihad in prefence to, and out of defence, for, the established opinions the matters of the schools of Islamic Jurispundence..’

Manakala Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberikan definisi yang berbeza dengan menyatakan bahawa golongan Kaum Tua ini adalah sebagai ulama-ulama yang eggan menerima pemikiran yang baru yang mana dikatakan bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudahpun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan. Kaum tua juga dianggap sebagai ‘khalafi’ yang berpegang dengan umum mazhab Syafie berhasrat untuk memudahkan orang awam yang dirasakan kebanyakannya kurang mampu untuk mengikutimkaedah tadi, lalu mereka mempopularkan kaedah taklid sebagai medium penyatuan ummah dan juga ibadat. Antara tokoh yang sinonim dengan gerakan Kaum Tua ini ialah Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi.

apa sebenarnya Kaum Tua?

Bermulanya kedatangan pengaruh Asia Barat ke Tanah Melayu dan Nusantara adalah disebabkan oleh kepulangan mahasiswa Melayu yang di Makkah selama beberapa tahun. Kesan daripada itu lahirlah sebuah institusi pendidikan iaitu institusi pondok yang memberikan sumbangan besar dalam mempamerkan imej dan pengaruh Asia Barat di Nusantara khususnya Tanah Melayu. Antara pondok-pondok yang cukup terkenal iualah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di Pattani. Pondok-pondok tersebut bukan sahaja menajdi tumpuan penuntut tempatan, malahan juga penuntut dari luar negeri terutamanya dari kepulauan Nusantara seperti Sri Lanka, Burma, Kemboja dan lain-lai lagi. Pondok-pondok ini banyak menghasilkan kitab-kitab agama dimana ulama-ulama Pattani yang terkenal dan banyak menulis kitab agama dalam Bahasa Melayu ialah seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni.

Kesemua ulama tersebut mempunyai pengalaman mengajar di Masjidil Haram Mekah di mana sistem pendidikan yang diterapkan mempunyai persamaan dengan system pendidikan yang wujud di Masjidil Haram. Dari sudut pensejarahan pula, penemuan Dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan membuktikan bahawa Islam tersebar awal di negeri Kelantann yang sejak dahulu lagi dapat dinyatakan bahawa umat Islam di Kelantan berpegang teguh dengan mazhab Syafie. Hal ini demikian kerana bunyi bacaan Al-Quran umat Islam di sini adalah lebih kurang sama dengan bacaan dari tanah Arab. Kesan daripada maka lahirlah ilmuan-ilmuan dari golongan Kaum Tua yang terkenal seperti Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain lagi. Namun begitu, masih terdapat ramai lagi ulama dai golongan Kaum Tua yang mewarisi tradisi zaman berzaman ini.

Apa itu Kaum Muda?

Sebenarnya Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional (Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di Pantai Barat Tanah Melayu, Pulau Sumatera dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh Kaum Tua kerana ulama-ulama Kaum Muda ini membawa sebuah ciri yang baru dalam ajaran Islam yang mana lebih cenderung menggunakan mekanisme ijtihad (Al-Attas 1972). Golongan ini menurut William Roff (1985) dikategorikan sebagai golongan pembaharuan ataupun reformis. Matalamat perjuangan golongan Kaum Muda ini adalah untuk menyeru anggota-anggota masyarakat supaya kembali kepada ajaran asli Islam iaitu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah serta mengamalkan ijtihad.

Kaum Muda juga dikategorikan oleh Kaum Tua sebagai ‘salafi’, tajdid, sunnah dan juga dicop sebagai golongan wahabi kerana mereka menginginkan seluruh masyarakat lebih selamat dan hamper kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan juga cenderung kerana puritanisme kerana menekankan kepada usaha Islah dan reformasi. Aliran Kaum Muda ini adalah sangat menekankan kepada usaha Islah dan Tajdid. Islah di sini membakawa maksud memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan dan tajdid pula membawa makana memperbaharui dan menyegarkan semula kefahaman dan komitmen terhadap ajaran-ajaran agama sesuai dengan tuntutan zaman. Walaupun gerakan tajdid ini secara zahirnya mendokong konsep rasionalisme, namun ia tetap bertentangan dengan gerakan modernisme di mana golongan reformis hanya berijtihad dengan perkara-perkara yang kurang jelas (zainiyyah) kedudukan hukumnya manakala golongan modernisme pula berpegang terus kepada akal di dalam berijtihad tanpa batas sama sekali sehingga termasuk kepada perkara-perkara yang sudah jelas (qat’iyyah) hukumnya. Antara tokoh Kaum Muda yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin.

Sejarah Kaum Muda

Pertubuhan aliran pemikiran Kaum Muda ini sebenarnya bermula pada abad ke-17 dan 18 yang merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi sebenarnya aliran reformis ini telahpun bermula saat kemunculan ilmuan Islam Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yang disifatkan oleh Ismail Faruqi sebagai ‘the first and greatest muslim reformer (Al-Faruqi 1991).golongan Kaum Muda ini juga lebih dikenali sebagai golongan reformis yang membawa idea perubahan dan pembaharuan. Perkembangan aliran reformis do peringkat dunia pada awalnya diwarnai dengan kemunculan beberapa orang pengerak reformis seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rasyid Rida. Melalui tokoh-tokoh inilah pemikiran reformis Berjaya mempengaruhi ulama Melayu yang menuntut di Timur Tengah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20

Dalam konyeks wilayah Tanah Melayu, pengaruh Kaum Muda ini dikatakan bermula di selatan iaitu di Singapura dan seterusnya merebak ke Pantai Barat dan akhir sekali di negeri Kelantan yang mana pada masa ini idea-idea reformis telah Berjaya diserapi. Antara tokoh-tokoh yang disfatkan sebagai Kaum Muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan lain-lain lagi. Ulama-ulama ini bergabung untuk menerbitkan majalah Al-Imam iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut pengaruh dan prinsipnya. Perjuangan mereka juga telah berjaya menubuhkan Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 1934 oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang juga merupakan mahasiswa lepasan Asia Barat. Penubuhan maahad ini menjadi titik tolak dalam perkembangan pendidikan bagi golongan Kaum Muda di mana maahad ini dikatakan menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa khususnya dari Asia Barat dalam berjuang menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan misalnya seperti AWAS, API (Angkatan Pemuda Insaf), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Selain itu, golongan Kaum Muda ini juga berjaya mentafsirkan dan menterjemah kitab-kitab yang berunsurkan reformisme.

KEMUNCULAN PEMIKIRAN KAUM MUDA

Kaum Muda sememangya sinonim dengan gelaran golongan intelektual yang mana jika dilihat pada asas gerakan yang diwujudkan oleh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, sememngnya golongan ini amat mementingkan budaya ilmu dan menyatakan dikalangan mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi. Golongan pembaharuan ini sememngnya mementingkan peranan ilmu dalam menjana dan menghasilkan masyarakat Islam yang dinamik dan progresif sama seperti konsep ‘insan kamil’ yang cuba diterapkan oleh penyair dan pemikir Islam Pakistan iaitu Muhammad Iqbal. Namun begitu dikatakn terdapat tiga faktor yang menjadi pendorong kepada kewujudan golongan Kaum Muda ini iaitu:

1) Jalinan Kegiatan Ekonomi atau Perundangan
Dikatakan pada abad ke-13, perhubungan atau jalinan kegiatan ekonomi menjadi lebih akrab dengan kedatangan keturunan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dating dari Malabar. Melalui kedatangan pedagang-pedagang Arab inilah orang-orang di Tanah Melayu khususnya masyarakat Melayu mula melakukan perhubungan secara langsung dengan orang-orang di Tanah Arab sehinggakan seorang guru sufi yang terbukti kepakarannya iaitu Syeikh Abu Mas;ud Abdullah telah pergi ke Tanah Arab untuk menuntut ilmu. Jika dirujuk pada pandangan yang dikemukakan Hamka (1977) beliau menyatakan bahawa perkembangan ilmu Islam pada abad ini bukan lagi setakat ilmu yang menangani amalan kehidupan tetapi turut mencakupi ilmu taswuff dan ilmu makrifat yang mana ini menunujukkan bahwa Nusantara ketika ini berjaya mencapai tahap yang tinggi dari segi ilmu metafizik atau falsafahnya.

2) Cetusan pemikiran Kaum Muda di Mesir
Kemuculan Jamaluddin Al-Afghani (1833-1897) sekitar tahun 189 telah mencetuskan satu bentuk pemikiran baru dalam yang telah membangkitkan semangat menentang imperialisme dan berjaya mendidik pelajar-pelajar Univesiti Al-Azhar mengenai pembaharuan cara berfikir. Kumpulan ini yang terkenal melalui penerbitan akhbar al-Urwatu’l Wuthqa dengan menggagaskan pergerakan Pan-Islamisme dan usaha penerbitan ini dijalankan bersama dengan Muhammad Abduh dalam melakukan penentangan terhadap eksploitasi dan penjajahan Barat terhadap orang-orang Islam. Perjuangan kedua-duanya lebih menyeluruh dengan mengambil nkira isu-isu pendidikan, politik, taklid dan ijtihad serta persoalan akal dan sains. Kesan daripada perjuangan kedua-dua tokoh reformis Mesir itu akhirnya mempengaruhi pemikiran anak-anak Melayu yang menuntut di institusi pendidikan Timur Tengah itu dan juga disebabkan oleh pengaruh Rasyid Rida yang menyambung perjuangan . kedua-dua tokoh tersebut dan juga telah mengasaskan majalah Al-Manar bagi meluaskan aliran pemikiran Kaum Muda.

Mereka kemudiaannya pulang dan berusaha untuk memperjuangkan pembaharuan dalam pemikiran di kalangan masyarakat Melayu. Disebabkan hubungan keintelektualan yang tinggi antara pendakwah-pendakwah Tanah Melayu dengan Mesir, makanya aliran pemikiran Kaum Muda ini lebih mudah diserapi oleh masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Alat atau mekanisme utama dalam penyebaran aliran Kaum Muda ini adalah dengan penulisan dalam akhbar seperti Al-Imam yang dikatakan mempunyai persamaan dengan akhbar Al-Manar di Mesir.

3) Kebangkitan semangat nasionalisme
Konsep nasionalisme yang muncul setelah berlakunya perubahan sebagai hasil dialektika, sama ada berlakunya perubahan social, politik dan ekonomi dalam negeri atau perubahan yang turut berlaku di tahap global. Kemunculan semangat nasionalisme tersebut adalah berpunca daripada dasar-dasar liberalisasi yang dibawa oleh penjajah. Cabang dari masalah nasionalisme tersebut telah menimbulkan dua titik pertentangan kewibawaan antara yang tradisional dengan yang moden. Melalui kesedaran yang baru ini, muncul tokoh-tokoh nasionalisme yang bergerak secara berkelompok dan menjalankan usaha-usaha kesedaran baru yang bertemakan nasionalisme untuk memajukan bangsa dan agama. Melalui itu juga, golongan Kaum Muda ini menjadikan penulisan dalam akhbar-akhbar sebagi medium utama bagi menyampaikan matlamat pemikiran mereka supaya kesedaran timbul dikalangan kaum terpelajar dan anggota masyarakat.

PERTEMBUNGAN PEMIKIRAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Secara umumnya, diketahui bahawa pertembungan ini pada asalnya hanya didasari oleh pertembungan dan pertindihan dikalangan ulama-ulama kedua-dua golongan ini dalam mentafsir Al-Quran dan Sunnah serta bidang cabang yang terdapt dalam syariat Islam. Pada asalnya, pertikaian ini sepatutnya berpunca mengenai perbezaan kefahaman terhadap Al-Quran, tetapi ada pandangan mengatakan ia bermula dengan perbezaan dalam bidang fiqh dan akidah. Masalah yang ditimbulkan oleh golongan pembaharu ini dalam masalah agama sebagaimana yang dijelaskan menimbulkan kegelisahan dan tidak disenangi di kalangan ulama-ulama yang berpegaang dengan mazhab Syafie. Walaubagaimanapun, pertembungan pemikiran ini bukan sahaja berlaku disebabkan oleh factor keagamaan ianya juga melibatkan faktor nasionalisme seperti yang dinyatakan sebelm ini. Dasar liberalisasi yang dianjurkan oleh penjajah telah menyebabkan wujud pertembungan ini di mana dasar ini mampu merosotkan kuasa kepimpinan tradisional yang menjadi sumber autoriti dan legitemasi bagi Kaum Tua.

Kaum Tua yang dikatakan sebagai golongan tradisionalis mempunyai pengaruh yang besar di Tanah Melayu kerana mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan Sultan dan pegawai-pegawai Istana. Namun begitu, pertembungan bagaimanapun tetap masih didasari dengan faktor utama iaitu keagamaan yang mana berlakunya pembaharuan metodologi dakawah yang dikemukakan oleh Kaum Muda di mana Kaum Tua yang masih berpegang teguh dengan ajaran Kitab Imam Syafie melabel golongan ini sebagai kafir. Unjuran pertembungan ini mampu dilihat dengan jelas melalui tiga siri gelombang pertembungan iaitu:

Gelombang Pertama
Gelombang pertama berlaku pada tahun 20 hingga 30-an yang mana pada masa itu, gerakan kaum muda cuba mengemukakan idea-idea baru yang berbeza dengan pegangan yang sedia ada dalam masyarakat. Gelombang pertama pertembungan dalam menggugat golongan Kaum Tua ini bermula pada awal abad ke 20 di mana beberapa orang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi, Mesir dan India telah dipengaruhi dengan pemikiran yang dianjurkan oleh gerakan Islah di sana.
Kesan daripada gerakan pemikiran Islah tersebut telah memberi kesan pabila ianya telah mempengaruhi bebrapa orang pelajar antaranya Syeikh Muhd Tahir Jalaluddin Al-Azharin yang berkesempatan belajar di Mekah dan Kaherah yang terpengaruh dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rasyid Rida. Mereka yang telah terpengaruh dengan idea pemikiran golongan ini telah menjalankan usaha menyebar idea mereka ke kampong halaman masing-masing dan khususnya di Tanah Melayu

Gelombang Kedua
Gelombang kedua fenomena pertembungan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda berlaku sekitar 1940 hingga 1960-an dimana gelombang kedua ini adalah sebagai penyambung kepada usaha yang berlaku pada sebelumnya. Focus utama pertembungan pada waktu ini adalah lebih banyak menumpukan kepada persoalan-persoalan khilafiyyah yang lebih khusus sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam terutramanya dalam Parti Islam Setanah Melayu (PAS) yang pada ketika ini merasa tertekan di atas keadaan yang berlaku. Dengan wujudnya isu khilafiyyah ini yang telah mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat, satu ijtima’ telah diadakan bagi membincangkan masalah dan juga mecari solusi bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan (Abdul Halim El-Muhammady 2007).

Melalui ijtima’ yang diadakan tersebut kata sepakat telah diperolehi iaitu mereka telah memutuskan bahawa persetujuan telah dicapai terhadap pendirian ulama-ulama Mazahab Syafie dalam isu-isu yang dibangkitkan. Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah seperti menyebut usolli dalam solat, talqij kematian, dan tahlil arwah. Ahmad Fuad yang pada ketika itu menadi presiden PAS pada waktu ini menerima tekanan dan terpaksa melakukan ijtima’ khusus untuk mendapat kata sepakat dalam mecari solusi bagi menyelesaikan masalah khilafiyyah yang menjadi unit analisis utma bagi fasa gelombang pertembungan kedua.

Gelombang Ketiga
Gelombang ketiga pula berlaku sekitar tahun 1970-an dan masih berlaku sehingga ke hari ini di mana ianya dipelopori oleh golongan muda yang telah terdedah kepada pengajian di Saudi dan juga Indonesia. Gelombang pada waktu ini seolah-olah mempunyai kesinambungannya daripada gelombang kedua kerana dikatakan sebagai penyambung pemikiran dan pendekatan yang dilakukan oleh golongan Kaum Muda pada sebelumnya. Pada masa ini, golongan Kaum Muda telah mewujudkan isu dengan mempertikai beberapa amalan yang dilakukan oleh golongan ulama-ulama Mazhab Syafie yang menajdi amalan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Mereka menyatakan bahawa Ahli Sunnah tidak bertaklid pada satu mazhab sahaja sama ada yang masyhur atau tidak masyhur yang bermakna mereka boleh melakukan ittiba’ atau mengikut sesuatu pendapat ulama setelah diketahui keterangannya dengan jelas daripada Al-Quran dan Hadith yang sahih. Pertembungan ini masih berlaku sehingga hari ini yang mana telah mewujud dan mengekalkan pandangan masing-masing terhadap dua golongan ini iaitu Kaum Tua sebagai golongan tradisionalis dan Kaum Muda sebagai golongan reformis serta ada juga yang melabel Kaum Muda ini sebagai modernis.



Pertembungan pemikiran sememangnya terjadi terhadap masyarakat dalam pada masyarakat semakin berevolusi akibat daripada perkembangan tamadun Barat. Namun begitu, corak pemikiran yang unik dan asli masih wujud sehingga hari ini berdasarkan kepada penulisan ini yang menunjukkan berlaku kepelbagaian idealisme dalam perjuangan yang membawa kepada kewujudan istilah ‘pertembungan’. Walaupun mempunyai persamaan dalam matlamat perjuangan iaitu pada asalnya perjuangan menentang penjajah menjadi intipati namun metodologi penyebaran yang berbeza menyebabkan wujudnya pertembungan pemikiran bagi kedua-duanya. Wlaubagaimanapun, usaha gerakan Islah walaupun kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu, namun, proses anjakan peubahan pemikiran masyarakat di Tanah Melayu khususnya Islam telah mengalami keterbukaan tanpa terikat dengan taklid Imam Mahdi sahaja namun menerima pegangan yang dianjurkan oleh tiga Mazhab yang terdapa dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertembungan ini bagaimanapun masih dapat dilihat pada hari ini walaupun ada yang menyatakan bahawa pertembungan ini telah lama berakhir.


(p/s:masihkah masyarakat hari ini mampu menerima idea modernisme pada hari ini tanpa meninggalkan pemikiran tradisionalisme?evolusi zaman seharusnya mengimpak kepada perubahan tren berfikir namun kalangan individu hari ini lebih suka untuk melabel tanpa merujuk mana asanya?pesan saya, ubahlah cara pandang anda terhadap sesuatu, sesungguhnya ilmu itu amat diutamakan dalam memperkasakan kembali ketamadunan Islam..:-), InsyaAllah)

Tuesday, January 11, 2011

Kritik Al-Attas Terhadap Pandangan Alam (Worldview) Barat

Dr. Khalif Muammar A. Harris[1]
Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah seorang intelektual Muslim yang ulung pada abad ini karana telah berhasil membongkar kepincangan filsafat Barat dan menanggapinya secara kritis dan cerdas. Melalui karya-karyanya tentang metafisika Islam, beliau juga telah berhasil membawa pemikiran Islam ke tahap yang lebih tinggi. Salah satu sumbangan besar beliau dapat dilihat melalui sebuah karya yang bertajuk Islam and Secularism yang diterbitkan pada tahun 1978. Dalam buku ini beliau telah mengkaji dan membedah inti peradaban Barat dan pandangan alamnya, menunjukkan kepincangan-kepincangan yang ada padanya, kekeliruan dan bencana yang diakibatkannya, dan menyediakan bagi umat Islam solusi dalam menghadapi krisis keilmuan ini. Keagungan karya al-Attas diakui bukan saja oleh para pengikut dan muridnya tetapi oleh banyak cendekiawan Muslim dan beberapa pemikir Barat, seperti terlihat dalam Cranlana Programme,[2] dalam usaha mereka untuk memahami sumbangan pemikir-pemikir dunia dalam menciptakan masyarakat dan peradaban yang unggul.
Dunia hari ini dipenuhi dengan kekacauan (chaos) dalam hampir semua bidang kehidupan. Kekacauan dapat kita lihat dalam sistem ekonomi dunia hari ini yang telah menjamin kesejahteraan kelompok kecil manusia tetapi memberi kesengsaraan kepada mayoritas penduduk dunia; sistem politik kontemporer juga seringkali gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yang amanah dan membela nasib rakyat kecil; universitas-universitas seringkali gagal melahirkan manusia-manusia yang beradab dan maju dalam arti kata yang sebenarnya; sains dan teknologi yang gagal menjadikan dunia lebih layak dihuni oleh manusia. Segala kekacauan yang timbul hari ini menurut al-Attas bermula dari krisis keilmuan yang datang dari Barat. Bagi al-Attas krisis keilmuan adalah tantangan terbesar yang dihadapi oleh umat manusia di zaman ini, karena bangunan ilmu (epistemic construct) ini yang akan menentukan bagaimana sistem politik, sistem ekonomi, sistem sosial dan institusi pendidikan dibangun. Korpus ilmu yang hari ini banyak diwarnai oleh peradaban Barat telah dirusakkan oleh paham-paham sekular dan liberal. Maka terjadilah kerusakan pada ilmu (the corruption of knowledge). Paham sekular-liberal ini memiliki framework pemikiran dan konsepsi yang keliru tentang ilmu, manusia, agama, wahyu, Tuhan dan kata kunci lainnya yang mendefinisikan pandangan alam sesuatu peradaban. Kekeliruan dalam epistemologi inilah yang menyebabkan Barat gagal mengenali hakikat sebenarnya akan realitas kehidupan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sepatutnya.

Sebelum dapat melihat kepincangan pandangan alam Barat, al-Attas terlebih dahulu mendalami filsafat dan pemikiran Barat seperti rasionalisme, empirisisme, positivisme dan pragmatisme. Beliau menyerang sikap Barat yang terlalu mengagungkan ilmu sains sebagai satu-satunya cabang ilmu yang dapat memberikan kepastian dan keyakinan tentang realitas.[3] Oleh karena itu menurut al-Attas Barat telah ”membatasi pandangan alam pada alam yang dialami oleh indera jasmani serta dibentuk oleh akal rasional ”.[4] Dengan menggunakan kaidah rasionalisme dan empirisisme, bagi mereka hakikat hanyalah alam empirik. Dari kajian yang mendalam terhadap worldview Barat ini al-Attas menyimpulkan bahawa ilmu itu tidak netral. Karena baginya ilmu “bukan hanya suatu sifat yang dimiliki akal manusia, bukan juga hanya hasil pengolahan sifat itu tanpa dipengaruhi oleh nilai-nilai yang mempertimbangkan kesahihan pendapatnya”.[5] Yang kita anggap ilmu tidak berdiri sendiri sebagai fakta dan informasi tanpa cara pandang dan worldview tertentu. Seseorang mestilah memiliki kerangka pemikiran dan worldview tertentu sebelum ia dapat mencerna fakta-fakta dan informasi tersebut. Pandangan al-Attas ini tidak diterima oleh beberapa cendekiawan Muslim sendiri, seperti Fazlur Rahman[6] dan Pervez Hoodboy[7], yang terpengaruh dengan worldview Barat dan mengatakan bahawa ilmu itu value-free (bebas nilai). Mereka melihat bahawa ilmu-ilmu yang dihasilkan oleh Barat tidak mengandung nilai-nilai yang bertentangan dengan pandangan alam Islam. Pandangan al-Attas bahawa ilmu itu sarat nilai (value laden) sejajar dengan banyak ilmuwan lain seperti Thomas S. Kuhn dalam bukunya The Structure of Scientific Revolution[8] dan Edward Said dalam bukunya Orientalism dan Culture and Imperialism.[9] Tinjauan lebih mendalam akan mendapati bahwa pandangan seperti ini hanya dimiliki oleh beberapa cendekiawan yang mandiri dan berani melihat peradaban Barat secara kritis.

Al-Attas meneliti secara mendalam sumber kekeliruan dalam pemikiran Barat. Beliau menjelaskan bahawa latar belakang filsafat Barat banyak mennggambarkan pandangan alam Barat. Beliau melihat bahwa pandangan alam Barat dimasuki berbagai unsur dari filsafat Yunani dan Romawi, ajaran-ajaran Yahudi dan Kristen, unsur-unsur kepercayaan orang Latin, German, Celtic dan Nordik telah menimbulkan kekeliruan dan bukan suatu paduan yang baik. Bahkan menurutnya Islam juga telah menyumbang ke arah kematangan pemikiran Barat melalui semangat rasionalisme dan saintifik. Namun campuran berbagai sumber tersebut, walaupun ada di antaranya yang baik, karena tidak diletakkan di tempatnya masing-masing telah menggiring peradaban Barat ke arah dualisme dan tragedi.[10] Al-Attas menolak tesis Harvey Cox bahwa sekularisasi mempunyai akarnya dalam Bible.[11] Beliau menegaskan bahawa akar sekularisasi bukan pada Bible tetapi pada pentafsiran Bible oleh manusia Barat.[12] Maka yang berlaku sebenarnya adalah bukan peng-kristenan masyarakat Barat tetapi pembaratan agama Kristen oleh masyarakat Barat.[13]

Kerusakan pada ilmu bermula daripada dualisme. Menurut al-Attas dualisme menjadi karakter worldview dan sistem nilai peradaban Barat. Dualisme berlaku apabila dua perkara dilihat bertentangan, terpisah dan tidak dapat disatukan secara harmoni. Bibit-bibit pemisahan berlaku dalam agama Kristian apabila dipisahkan antara sacred (suci) dan profane (tidak suci). Kemudian dalam sekularisme berlaku pemisahan antara spirit (ruh) dan matter (benda).[14] Malah menurut al-Attas pandangan alam sekular telah menjadikan alam empiris (benda) ini qadim.[15] Seterusnya berlaku pemisahan antara wahyu (revelation) dan akal (reason) dan antara tradisi dengan modernitas. Dari pemisahan ini maka manusia sekular yang telah mengagungkan ilmu sains dan membataskan hakikat pada alam empiris, akan cenderung memilih akal daripada wahyu, benda daripada ruh, dunia daripada akhirat, modernitas daripada tradisi. Maka dengan tepat al-Attas menyimpulkan bahwa peradaban Barat telah berpegang sepenuhnya kepada akal rasional manusia dalam menguraikan segala persoalan.[16] Dan ini menurut beliau adalah satu bentuk deification of human being (pendewaan manusia). Dan tentunya manusia yang diagungkan di sini adalah manusia sekular dan manusia sekular yang tulen semestinya adalah manusia Barat.[17] Proses ini mengukuhkan lagi tesis beliau bahwa telah berlaku westernisasi ilmu, maka untuk itu diperlukan dewesternisasi ilmu.
Dibandingkan epistemologi Islam yang menekankan keyakinan dan kepastian. Epistemologi Barat mengangkat keraguan (doubt, shakk) menjadi kaidah epistemologi yang melaluinya segala ilmu dan kebenaran diperoleh.[18] Oleh karenanya seringkali epistemologi seperti ini berakhir kepada kekeliruan dan skeptisisme. Tidak heranlah jika agnotisme, ateisme, utilitarianisme dan evolusionisme mulai bermunculan setelah rasionalisme Barat diperkenalkan oleh Descartes pada abad ke-17.[19] Akibat daripada epistemologi yang keliru ini maka selalu terjadi perombakan dalam epistemologi Barat. Modernisme yang menegaskan objektivisme kini dirombak oleh pascamodenisme yang mengagungkan relativisme dan subjektivisme. Bertrand Russell menegaskan pandangan falsafah Barat terhadap ilmu dengan mengatakan bahawa “All knowledge is more or less uncertain and more or less vague”.[20] Malah Russell berkesimpulan bahwa ilmu adalah produk keraguan.[21] Kerana keraguan menjadi asas pencarian ilmu ini maka manusia dalam falsafah Barat tidak akan dapat mencapai kepastian. Kerangka epistemologi yang sekular ini menyebabkan sesuatu yang dianggap ilmu dalam kerangka pemikiran Barat tidak semestinya ilmu dalam arti kata yang sebenar tetapi boleh dikatakan sebagai pseudo knowledge (ilmu yang palsu). Ketidakpastian ini berlaku disebabkan oleh peminggiran sumber ilmu yang utama, yaitu wahyu, dan karena itu manusia tidak lagi dapat mengetahui perkara-perkara yang pasti. Dan ketidakpastian menjadi satu realitas dalam ilmu Barat. Sebaliknya sesuatu yang dianggap pasti dan tetap kini menjadi tidak pasti dan berubah-rubah. Seharusnya relativisme dan subjektivisme juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak pasti. Namun ternyata pomodernis mengecualikan relativisme dan subjektivisme daripada ketidakpastian yang menjadi ciri filsafat Barat.

Ketidakpastian ini juga yang menggiring pemikiran Barat kepada konsep tragedi. Tragedi adalah konsep ketidaksampaian (unattainment) dalam segala usaha manusia. Tragedi menjadi ciri peradaban Barat dan merupakan realiti yang mesti diterima dalam kehidupan manusia sehingga banyak film dan teater berakhir dengan tragedi dan kesudahan yang dramatik. Manusia dianggap makhluk yang malang. Malang kerana harus menanggung dosa warisan (original sin) dan harus bergantung dengan keupayaan sendiri, akal rasional, untuk mencapai kebenaran. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah makhluk yang paling beruntung kerana diberikan karunia yang tidak terhingga oleh Allah SWT. Dan Allah telah memberikannya banyak fakultas termasuk akal yang berfungsi untuk mengenal Allah dan mengenali dirinya. Sikap negatif manusia sekular terhadap kehidupan ini kemudian diimbangi dengan sikap keterlaluan dalam mengapresiasi kehidupan duniawi. Manusia dihakimi hanya hidup sekali maka selama hidup ini manusia harus mencari kepuasan dan kesenangan sebanyak mungkin. Sedangkan dalam pandangan Islam kehidupan dunia ini adalah ujian, jembatan, dan tempat berbekal. Di dunia manusia terikat dengan hutang kewujudan (the debt of existence) dan bukan original sin. Setelah mati manusia akan dihidupkan. Ia akan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan di dunia dan menjalani kehidupan abadi sesuai dengan takdirnya.

Masalah yang paling besar dalam ilmu kontemporer adalah sikap Barat terhadap agama yang dicirikan oleh ketidakpercayaan (disenchantment towards religion). Hal ini berkaitan erat dengan sikap sarjana Barat yang menganggap bahawa Tuhan dan agama hanyalah ilusi yang dihasilkan oleh manusia. Tuhan tentunya bukan sama sekali khayalan, mitos, yang berubah seiring perubahan zaman. Bagi al-Attas Tuhan adalah hakikat semata-mata.[22] Di sinilah berlakunya pertentangan antara pandangan alam sekular dengan pandangan alam yang berasaskan kepada tanzil (wahyu). Pertentangan ini bermuara pada perbedaan “agama dan filsafat, dan sains sekular ialah cara dan kaidah kita dalam memahami arti sumber dan kaidah ilmu”.[23] Akibat dari peminggiran agama dalam kehidupuan maka realitas keruhanian dan kebenaran pada zaman modern dicirikan dengan ketidakpastian. Hal ini berlaku seiring dengan kecenderungan masyarakat modern yang kehilangan minat terhadap agama (Kristen) dan bertumpu kepada ilmu-ilmu sains. Sikap terhadap agama inilah yang menyebabkan masyarakat Barat, menurut al-Attas, mendewakan manusia dan memanusiakan Tuhan (man is deified and Deity humanized).[24] Selanjutnya akibat daripada ketidakpercayaan ini maka segala konsepsi terhadap alam realitas menjadi sekular dan materialistik. Maka konsep pembangunan (development), kemajuan (progress) dan perubahan (change) akhirnya tidak terlepas dari kerangka sekular dan materialistik tersebut.

Semua kekeliruan dalam pandangan alam Barat dapat disimpulkan oleh al-Attas kepada lima perkara yang juga mendefinisikan peradaban Barat: pertama, kepercayaan mutlak pada akal (rasional) sebagai panduan dalam kehidupan; kedua, pandangan dualistik terhadap realitas dan kebenaran; ketiga, penerimaan aspek ke-disinikini-an sehingga memancarkan pandangan alam yang sekular; keempat, penerimaan doktrin humanisme; kelima, menjadikan drama dan tragedi sebagai kenyataan dan sangat berpengaruh kepada hakikat manusia dan kejadian:
Reliance upon the powers of human reason alone to guide man through life; adherence to the validity of the dualistic vision of reality and truth; affirmation of the reality of the evanescent-aspect of existence projecting a secular worldview; espousal of the doctrine of humanism; emulation of the allegedly universal reality of drama and tragedy in the spiritual, or transcendental, or inner life of man, making drama and tragedy real and dominant elements in human nature and existence—these elements altogether taken as a whole, are, in my opinion, what constitute the substance, the spirit, the character and personality of Western culture and civilization.[25]

Sekularisasi dan Desekularisasi

Sekularisasi, menurut Harvey Cox, adalah ”pembebasan manusia dari bimbingan agama dan metafisika, menukar tumpuan manusia dari alam akhirat ke alam dunia”.[26] Pembebasan ini katanya untuk kepentingan manusia, karena pemikir-pemikir Barat umumnya melihat bahwa agama adalah penghalang pada kemajuan manusia.
Sejak kemunculan sekularisme, bidang yang pertama mendapat akibatnya adalah bidang politik. Karena tujuan sekularisme juga adalah supaya agama dan gereja tidak campurtangan dalam urusan keduniaan. Oleh itu urusan keduniaan diserahkan sepenuhnya kepada penguasa politik. Sedangkan agama dibatasi pada ruanglingkup ritual dan spiritual.
Kesilapan besar yang dilakukan oleh sekularisme antara lain seperti disebutkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah pembebasan alam dari unsur-unsur keagamaan (disenchanment of nature), beliau mengatakan:
By the ‘disenchanment of nature…[the Western philosopher-scientist] mean…the freeing of nature from its religious overtones; and this involves the dispelling of animistic spirits and gods and magic from the natural world, separating it from God and distinguishing man from it, so that man may no longer regard nature as a divine entity, which thus allows him to act freely upon nature, to make use of it according to his needs and plans.[27]

Kritik al-Attas terhadap sekularisme cukup jelas. Beliau mengecam pemisahan antara materi dan spiritual yang akhirnya mengangkat manusia sebagai penguasa mutlak di alam ini:
”…effected a final dualism between matter and spirit in a way which left nature open to the scrutiny and service of secular science, and which set the stage for man being left only with the world on his hands.”[28]

Oleh itu, akar permasalahan politik kontemporer sebenarnya terletak pada kerancuan dalam pandangan alam (worldview) sekular. Pandangan alam sekular telah membuang segala yang bersifat transenden dan mengalihkan perhatian manusia kepada segala yang bersifat keduniaan dan kekinian. Dengan demikian ciri utama filsafat-filsafat Barat modern dan postmodern adalah immanentisme. Filsuf-filsuf Barat telah meminggirkan agama, petunjuk Tuhan dan nilai-nilai moral. Apa yang disebut sebagai tradisi ini telah digantikan dengan rasionalisme sekular, kemajuan material (material progress) dan kebebasan individu.
Setelah pemisahan agama dan negara dilakukan maka apa yang berlaku tiadanya panduan dan bimbingan terhadap peranan manusia dalam kehidupan. Kebenaran sesuatu ditentukan sepenuhnya oleh akal fikiran manusia yang subjektif. Empirisisme, positivisme dan saintisme dicipta untuk menjadi panduan dalam menentukan sepenuhnya benar salah, baik buruk sesuatu perkara. Akan tetapi keangkuhan modernisme Barat ini lalu digugat oleh postmodernisme yang lahir dari rahim modernisme sendiri. Maka apa yang terjadi sebenarnya setelah melepaskan diri dari agama, manusia sekular berada dalam putaran ganas relativisme dan nihilisme hasil ciptaan manusia sekular sendiri.

Mengenai kesesatan sekularisme, al-Attas mengatakan bahawa dengan membuang unsur-unsur transenden, sekularisme telah mendewakan manusia:
The reduction of man of his transcendent nature as spirit emphasizing his humanity and physical being, his secular knowledge and power and freedom, which led to his deification, and so to his reliance upon his own rational efforts of inquiry into his origins and final destiny, and upon his own knowledge thus acquired which he now sets up as the criterion for judging the truth or falsehood of his own assertions.”[29]
Dalam mengritik sekularisme, Prof. Wan Mohd Nor menekankan bahwa bukan kemajuan material dan pembangunan yang ditentang tetapi kecenderungan sekularisme menjadikan realitas dan kebenaran ditentukan sepenuhnya oleh akal rasional dan empiris dengan demikian telah menolak bimbingan agama yang benar: ”what we critical of is the removal of spiritual meanings from human consciousness and activities, and from nature; the reduction of all truth and reality to what is only empirically and rationally verifiable and unaided by valid religious guidance.” Dalam hal ini Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: “pengikisan agama dari politik berarti mengikisnya nilai-nilai murni, penolakan terhadap kejahatan, membuang unsur-unsur kebaikan dan ketakwaan, dan membiarkan masyarakat dikawal oleh unsur-unsur kejahatan.”[30]
Pembebasan alam kejadian (nature) dari unsur-unsur keagamaan oleh sekularisme diikuti dengan desakralisasi politik (desacralization of politics) dengan memisahkan agama dari politik. Sekularisme melakukan desakralisasi politik dengan memutuskan kekuasaan dunia dari kekuasaan transenden. Hal ini dilakukan atas alasan bahwa pemerintahan agama akan menghalangi perubahan dan kemajuan. Yang menjadi pencetus kepada pemisahan ini adalah kesalahan gereja dalam menghakimi bahwa mereka berkata atas nama Tuhan. Sehingga apa saja yang diutarakan oleh gereja adalah dari Tuhan padahal ini adalah dakwaan palsu. Justru itu yang seharusnya diruntuhkan adalah dakwaan berkomunikasi dengan Tuhan dan bukan peranan agama secara keseluruhannya.

Pemikiran sekular telah memisahkan antara wahyu dengan akal, agama dengan sains. Sekularisme berasumsi bahawa dua perkara yang dilihat bertentangan ini tidak dapat bersatu, keduanya dilihat secara dikotomis. Dengan dualisme ini sekularisme telah menempatkan manusia dan Tuhan sebagai entitas yang berlawanan dan terpisah. Inilah yang dimaksudkan dengan desakralisasi politik. Maka sejak zaman Renaissance telah terjadi pemisahan antara negara dan agama. Yang menjadi masalah pada hari ini adalah tanpa bimbingan Tuhan, manusia mengatur alam kehidupan mengikut hawa nafsu dan kepentingan sesaat (pragmatisme). Maka dalam berpolitik kepentingan peribadi dan kepentingan masing-masing golongan akan menjadi keutamaan berbanding kepentingan bersama atau kepentingan rakyat. Baik dan buruk tidak lagi bersifat universal tetapi relatif dan subjektif bergantung sepenuhnya kepada keinginan manusia sekular. Maka manusia sekular, karena hanya mempertimbangkan hal-hal keduniaan yang bersifat sementara dan dekat di mata kasar, sebenarnya bersandarkan kepada pemikiran yang dangkal, yang tidak mencerminkan kebijaksanaan tetapi ’kebijaksinian’.
Semua premis yang dikemukakan di atas membawa al-Attas kepada kesimpulan bahawa dewesternisasi dan desekularisasi terhadap ilmu-ilmu kontemporer adalah satu kemestian. Atas dasar inilah al-Attas membangun gagasan Islamisasi ilmu yang seringkali dikaitkan dengan ide dewesternisasi dan desekularisasi. Al-Attas telah membuktikan bahawa dualisme yang menjadi ciri khas pandangan alam Barat menyebabkan kekeliruan dalam memahami realitas dan kebenaran. Ia berawal dari kegagalan memahami kedua perkara tersebut dengan tepat dan keliru dalam meletakkan kedua perkara tersebut pada tempat yang sewajarnya. Pendewaan terhadap akal rasional (rasionalisme dan empirisisme) terjadi seiring dengan peminggiran yang sistematik terhadap agama dan metafisika. Al-Attas juga membongkar kelemahan konsepsi Barat tentang banyak perkara yang dicirikan dengan kepincangan dan ketidaksempurnaan. Konsepsi Barat tentang manusia, ilmu, pembangunan, kebahagiaan, agama, Tuhan, dan lain-lain adalah mengelirukan dan merusak. Sehingga siapa saja yang menerimanya akan ikut mengalami bencana dan malapetaka yang besar, yang akan sedikit demi sedikit meruntuhkan peradaban manusia.
NB:

Diadaptasi dari bahasa Malaysia ke dalam bahasa Indonesia oleh PIMPIN. Kekeliruan penerjemahan sepenuhnya tanggung-jawab penerjemah (M. Ishaq)
Rujukan:
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. Islam and Secularism, diterbitkan oleh ABIM pertama kali pada 1978. Kuala Lumpur: ISTAC, 1993.
________. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: an Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC, 1995.
________. “The Worldview of Islam: An Outline” dalam Islam and The Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Contexts, Sharifah Shifa al-Attas (ed.). Kuala Lumpur: ISTAC, 1996.
________. The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education, Kuala Lumpur: ABIM, 1980.
________. Risalah untuk Kaum Muslimin, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001.
________. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007.
Cox, Harvey. The Secular City. New York: Collier Book, 1965.
Kuhn, Thomas S. The Structure of Scientific Revolution. Chicago dan London: The University of Chicago Press, 1996.
Lyotard, Jean-Francois. The Postmodern Condition: A Report on Knowledge. Minneapolis: University of Minnesota Press, 1984.
Al-Qaradawi, Yusuf. al-Din wa al-Siyasah. Kaherah: Dar al-Shuruq, 2007.
Rahman, Fazlur. “Islamization of Knowledge: A Response” dalam The American Journal of Islamic Social Science (AJISS), vol.5, No. 1, 1988. Pp.3-11.
Russell, Russell. The Problems of Philosophy. Oxford: Oxford University Press, 1959.
Said, Edward. Orientalism. New York: Vintage Books, 1979.
Smart, Barry. Postmodernity: Key Ideas. London: Routledge, 1993.
Wan Mohd Nor Wan Daud, “An Islamic Philosophy of Education: From Conceptualization to Realization”. Kertas kerja yang dibentangkan pada persidangan: Islamic Education for Transformation, dianjurkan oleh Islamic Unity Convention di Capetown, Afrika Selatan pada 27 June 1997.
________. The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. Kuala Lumpur: ISTAC, 1998.
________. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005.
________. Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
9
________________________________________
[1] Dr. Khalif Muammar merupakan felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Beliau boleh dihubungi melalui emel: ketamadunan@yahoo.com atau www.khairaummah.com.
[2] Lihat Jennifer M. Webb (ed.), Powerful Ideas: Perspectives on the Good Society (Melbourne: the Cranlana Programme, 2002). Buku ini menghimpunkan pemikiran dan sumbangan 45 ilmuwan dan pemikir besar sepanjang sejarah manusia bermula daripada Plato sehingga John Rawls. Maklumat ini diberikan oleh Prof. Wan Mohd Nor, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada beliau atas banyak tunjuk ajar yang diberikan.
[3] S.M.N. al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Pulau Pinang: Penerbit USM, 2006), 9. Setelah ini diringkas sebagai Peri Ilmu dan Pandangan Alam.
[4] Ibid., 16.
[5] Ibid., 15. Lihat juga Wan Mohd Nor Wan Daud, The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization (Kuala Lumpur: ISTAC, 1998), 306.
[6] Fazlur Rahman, “Islamization of Knowledge: A Response” dalam The American Journal of Islamic Social Science (AJISS), vol.5, No. 1, 1988, pp. 3-11.
[7] Pervez Hoodboy, Islam and Science: Religious Orthodoxy and the Battle for Rationality (London: Zed Book, 1992). Daripada tulisan terkininya kita dapati beliau menerima sepenuhnya worldview Barat, seperti katanya: “Just as important, the practice of religion must be a matter of choice for the individual, not enforced by the state. This leaves secular humanism, based on common sense and the principles of logic and reason, as our only reasonable choice for governance and progress”. Lihat “Science and the Islamic world—The quest for rapprochement”, di http://ptonline.aip.org/journals/doc/PHTOAD-ft/vol_60/iss_8/49_1.shtml
[8] Thomas S. Kuhn, The Structure of Scientific Revolution (Chicago dan London: The University of Chicago Press, 1996), 4-5.
[9] Edward Said, Orientalism (New York: Vintage Books, 1979), 204.
[10] Al-Attas, Islam and Secularism, 134.
[11] Harvey Cox, The Secular City (New York: Collier Book, 1965), 15.
[12] “Secularization has its roots not in biblical faith, but in the interpretation of biblical faith by Western man”. Lihat Al-Attas, Islam and Secularism, 20.
[13] Ibid., 20, 22.
[14] Ibid., 33.
[15] Al-Attas, Peri Ilmu dan Pandangan Alam, 3. Qadim bermakna tidak bermula dan tidak berakhir.
[16] Al-Attas, Islam and Secularism, 137.
[17] Ibid., 25.
[18] Al-Attas, Peri Ilmu dan Pandangan Alam,5.
[19] Al-Attas, Islam and Secularism, 22.
[20] Encyclopedia Brittanica, The Theory of Knowledge.
[21] Bertrand Russell, The Problems of Philosophy (Oxford: Oxford University Press, 1959), 156.
[22] Al-Attas, Peri Ilmu dan Pandangan Alam, 2
[23] Ibid., 2.
[24] Al-Attas, Islam and Secularism, 136.
[25] Ibid.,137.
[26] Harvey Cox, The Secular City, 15.
[27] Al-Attas, Islam and Secularism, 18.
[28] Ibid., 33.
[29] Ibid., 38.
[30] Yusuf al-Qaradawi, al-Din wa al-Siyasah (Kaherah: Dar al-Shuruq, 2007), 82.
Tags: WORLDVIEW
Posted 28 Jan 2010 by adminpimpin in Artike

Tulisan Dr Khalif Muammar mengenai Syed Muhammad Naquib Al-Attas terhadap pandangan alam (worldview) sekularisme...

halwa telinga